WALK-IN

»

Halaman

31 Jan 2015

ESC = VSC

Assalam & selamat sejahtera

Hari ini saya mahu menerangkan fungsi ESC (electronic stability control) ataupun VSC (vehicle stability control). Dua perkataan ini membawa benda yg sama.

Dalam pemanduan kita sehari2an kemalangan memang tidak berbau, sudah pasti kita tidak mahu perkara buruk berlaku pada kita & orang lain, kemalangan yg berlaku kadang kala berpunca dari kecuaian kita, orang lain, hidupan alam & bencana

Untuk mengurangkan risiko kemalangan yg berpunca seperti diatas satu alat kawalan electronic telah dicipta utk mengawal kenderaan secara teknikal supaya keadaan terkejut atau hilang kawalan pemanduan dapat diselamatkan ketahap minima.

ESC berfungsi dgn bantuan sensor2 yg diletakkan ditempat pada bahagian roda, steering & bahagian tengah body (kereta), Alat electronic yg direka khas akan diletakan didalam kenderaan utk memproses data2 yg dihantar oleh sensor kemudian disalurkan pada bahagian mekanikal yg perlu utk menjalankan tugas.
proses ini hanya mengambil beberapa mili saat sahaja. Wow!


penerangan ESC
 




Video dibawah utk lebih detail